Akta Petunjuk Geografi 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Pendaftaran Petunjuk Geografi
19. Pendaftaran petunjuk geografi
Feedback & supportJika Pendaftar berpuas hati bahawa permohonan untuk mendaftarkan sesuatu petunjuk geografi mematuhi kehendak seksyen 14 dan 15 dan bahawa petunjuk geografi yang hendak didaftarkan itu tidak bertentangan dengan ketenteraman awam atau prinsip moral dan—
tiada bangkangan telah difailkan di bawah seksyen 14;
atau
Pendaftar telah membuat suatu keputusan di bawah perenggan 16(4)(b) atau (c) dan tiada rayuan telah difailkan terhadap keputusan itu, maka Pendaftar hendaklah mendaftarkan petunjuk geografi itu dan mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepada pemohon dalam bentuk yang ditetapkan.
Tempoh pendaftaran sesuatu petunjuk geografi hendaklah sepuluh tahun dan pendaftaran itu boleh diperbaharui apabila permohonan dibuat di bawah seksyen 19A.