Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Kuasa dan notis untuk memasuki tanah
(2)
Seseorang Pegawai Penyiasatan Kaji Bumi atau seseorang yang diberi kuasa hendaklah menyebabkan supaya suatu notis disampaikan kepada seseorang yang ialah tuan punya atau penduduk mana-mana tanah, atau penerima pajak jika tanah itu ialah tanah lombong, di dalam kawasan yang ditetapkan, yang memberitahu orang itu tentang cadangannya hendak memasuki tanah itu bagi maksud penyiasatan kaji bumi. Notis itu hendaklah disampaikan tidak kurang daripada 14 hari sebelum tarikh dia bercadang hendak memasuki tanah itu.
(3)
Jika kemasukan ke kawasan yang ditetapkan atau keluar dari kawasan yang ditetapkan tidak boleh dilakukan tanpa melalui sesuatu tanah beri hakmilik, tanah lombong atau tanah yang diduduki di bawah lesen pendudukan sementara, Pegawai Penyiasatan Kaji
Bumi atau orang yang diberi kuasa hendaklah menyampaikan suatu notis kepada tuan punya, penerima pajak atau penduduk itu memberitahukan cadangannya hendak memasuki dan memasuki semula tanah itu bagi maksud untuk mendapat masuk ke kawasan yang ditetapkan. Notis itu hendaklah disampaikan tidak kurang daripada 14 hari sebelum tarikh dia bercadang hendak menggunakan tanah itu sebagai jalan masuk.
10
Undang-Undang Malaysia
(4)
Sesuatu notis yang hendak disampaikan di bawah seksyen ini boleh disampaikan kepada seseorang atau suatu kumpulan orang mengikut cara yang berikut, iaitu:
(a)
dengan menyerahkan notis itu kepada orang itu;
(b)
dengan menyerahkan notis itu—
(i)
di tempat tinggal atau perniagaan yang biasa atau yang akhir diketahui orang itu kepada orang gajinya atau kepada seorang anggota keluarganya yang dewasa; atau
(ii)
di pejabat berdaftar atau tempat perniagaan yang biasa atau yang akhir diketahui kumpulan itu kepada orang gaji atau ejennya;
(c)
dengan menghantar notis itu dengan pos berdaftar yang telah dijelaskan bayarannya kepada orang atau kumpulan itu—
(i)
di tempat tinggal atau tempat perniagaan yang biasa atau yang akhir diketahui orang itu; atau
(ii)
di pejabat berdaftar atau tempat perniagaan yang biasa atau yang akhir diketahui kumpulan itu; atau
(d)
jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa suatu notis di bawah seksyen ini tidak dapat disampaikan sendiri kepada orang itu atau melalui pos (sama ada kerana orang yang hendak disampaikan kepadanya notis itu mengelakkan penyampaian atau kerana sesuatu sebab lain)—
(i)
dengan menampalkan suatu salinan notis itu di suatu tempat yang mudah dilihat atas tanah itu atau pada suatu mahkamah, masjid atau pejabat penghulu atau di pasar atau tempat awam lain, dalam kawasan yang di dalamnya tanah itu terletak;
(ii)
dengan menyiarkan suatu salinan notis itu dalam
Warta dan jika difikirkannya patut, dalam satu surat khabar atau lebih yang beredar dalam Negeri di mana tanah itu terletak.
(5)
Seseorang yang telah disampaikan notis di bawah subseksyen
(2)
dan (3) hendaklah membenarkan mana-mana Pegawai Penyiasatan
Kaji Bumi atau orang yang diberi kuasa untuk memasuki tanah itu atau mana-mana bahagiannya.
Penyiasatan Kaji Bumi 11
Kuasa seseorang Pegawai Penyiasatan Kaji Bumi