Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian III · Penyiasatan Kaji Bumi Oleh Pegawai Penyiasatan Kaji Bumi

9. Menuntut pampasan terhadap kerosakan

(1)

Jika kerosakan telah dilakukan terhadap sesuatu harta dalam masa suatu penyiasatan kaji bumi, pemunya harta itu boleh dalam masa enam bulan selepas tamatnya penyiasatan kaji bumi ke atas tanah di mana harta itu telah rosak, mengemukakan suatu tuntutan kepada Ketua Pengarah, dan Ketua Pengarah boleh—

(a)

menolak tuntutan itu; atau

(b)

menyebabkan supaya kerosakan itu ditaksirkan dan membayar atau menawarkan kepada pihak menuntut kos kerosakan yang ditaksirkan itu.

(2)

Jika pihak menuntut tidak berpuas hati dengan penolakan tuntutan itu atau dengan taksiran itu dia boleh dalam masa satu bulan selepas disampaikan melalui pos surat yang menyatakan penolakan itu atau selepas dibayar atau ditawarkan kos kerosakan yang ditaksirkan di bawah subseksyen (1), merayu kepada Pemungut bagi daerah yang tanah itu terletak.

(3)

Pemungut hendaklah dengan seberapa segera yang boleh mendengar tuntutan itu dan boleh menolak tuntutan itu atau membuat suatu award sebagaimana yang difikirkannya patut.

Penyiasatan Kaji Bumi 13

(4)

Pemungut mempunyai semua kuasa sesuatu Mahkamah bagi memanggil dan memeriksa saksi, mentadbirkan sumpah atau ikrar dan bagi memaksa untuk dikemukakan dan diserahkan kepadanya suratan, termasuk suratan hakmilik keluaran dan suratan lain yang menjadi keterangan tentang hakmilik.

(5)

Sesuatu pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan

Pemungut boleh dalam masa satu bulan selepas keputusan itu dibuat merayu kepada Lembaga Rayuan yang terdiri daripada orang yang berikut:

(a)

seorang Pengerusi yang merupakan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) untuk mendengar rayuan bagi kes yang berbangkit di Semenanjung Malaysia atau

Pengarah Tanah dan Ukur bagi Negeri Sabah atau Sarawak untuk mendengar rayuan bagi kes yang berbangkit di

Negeri itu masing-masing; dan

(b)

dua orang lain yang hendaklah dipilih oleh Pengerusi daripada suatu panel orang yang hendaklah dilantik oleh

Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

(6)

Keputusan Lembaga Rayuan yang disebut dalam subseksyen

(5)

adalah muktamad.

Report

Bahagian IV

Bahagian V

Arkib dan Kumpulan Penyiasatan Kaji Bumi

Bahagian VI