Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(a)
memasuki mana-mana tanah di dalam kawasan yang ditetapkan;
(b)
memotong, membuang atau dengan cara lain membersihkan mana-mana tumbuh-tumbuhan yang tidak ditanam sebagaimana yang perlu bagi membolehkan penyiasatan itu dijalankan dengan sepatutnya;
(c)
mendirikan atau menempatkan apa-apa pancang dan tanda sebagaimana yang perlu bagi membolehkan penyiasatan itu dijalankan dengan sepatutnya;
(d)
menjalankan sesuatu penyiasatan kaji bumi secara dangkal;
(e)
menjalankan sesuatu penyiasatan kaji bumi fizik secara artifisial;
(f)
menggerek, menggerudi, memecah, menggali atau melubangkan tanah itu;
(g)
mendapatkan dan mengambil apa-apa spesimen atau contoh dari tanah bagi melanjutkan penyiasatan itu dan mengambil dan melupuskan sebagaimana yang difikirkannya patut apa-apa bahan artifisial atau seasal sebagaimana yang perlu untuk mendapatkan spesimen atau contoh itu.
(2)
Seseorang Pegawai Penyiasatan Kaji Bumi atau orang yang diberi kuasa yang memasuki mana-mana tanah bagi maksud sesuatu penyiasatan kaji bumi hendaklah, apabila diminta oleh penduduk tanah itu, menunjukkan kepada penduduk itu surat kuasanya dalam bentuk yang ditetapkan.
(3)
Dalam seksyen ini—
“penyiasatan kaji bumi fizik secara artifisial” ertinya apa-apa siasatan mengenai permukaan, bawah permukaan atau isi bumi dengan mengukur lencungan daya fizik yang diaruhkan secara artifisial;
12
Undang-Undang Malaysia
“penyiasatan kaji bumi fizik secara semula jadi”ertinya apa-apa siasatan mengenai permukaan, bawah permukaan atau isi bumi dengan cara mengukur sifat dasar fiziknya;
“penyiasatan kaji bumi kimia” ertinya apa-apa siasatan yang sistematik mengenai permukaan, bawah permukaan atau isi bumi dengan menjalankan penganalisisan kimia ke atas spesimen atau contoh yang diambil dari tanah, air bumi, atau tumbuh-tumbuhan;
“penyiasatan kaji bumi secara dangkal” ertinya apa-apa siasatan yang sistematik mengenai permukaan, bawah permukaan atau isi bumi dengan menjalankan penyiasatan kaji bumi fizik semula jadi, penyiasatan kaji bumi kimia atau pemeriksaan fizik;
“siasatan yang sistematik” ertinya apa-apa jua siasatan dan termasuklah pemeriksaan permulaan.
Menuntut pampasan terhadap kerosakan