Seksyen 38
Sekatan ke atas pengambilan khidmat orang yang tidak berdaftar
ActIn forceProvision 38 of 52
Seksyen 38
(1)
Tiada seorang pun boleh mengambil khidmat seseorang yang tidak berdaftar di bawah Akta ini untuk memberikan apa-apa perkhidmatan geologi yang di bawah Akta ini hanya boleh diberikan oleh ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar.
(2)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Penalti kerana memperoleh pendaftaran dengan dakwaan palsu, dsb.