Seksyen 46
ActIn forceProvision 46 of 52
Seksyen 46
(1)
Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau disenggarakan dalam mana-mana mahkamah terhadap Lembaga, seseorang anggota Lembaga, Pendaftar, seseorang Inspektor atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa untuk bertindak untuk atau bagi pihak Lembaga untuk atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diarahkan atau yang dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini.
(2)
Seksyen ini tidak terpakai bagi kuasa yang diberikan kepada
Lembaga di bawah subseksyen 4(3) atau bagi apa-apa kuasa untuk membuat kontrak yang dijalankan oleh Lembaga.