Skip to content

Seksyen 43

Kesalahan oleh pekongsi, ejen atau pekerja

of Akta Ahli Geologi 2008

ActIn forceProvision 43 of 52
Seksyen 43

Seseorang yang boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu dilakukan olehnya sendiri boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu dilakukan oleh pekongsi, ejen atau pekerjanya melainkan jika dia membuktikan—

(a)

bahawa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan

(b)

bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu.