Seksyen 40
Kegagalan untuk mematuhi perintah
ActIn forceProvision 40 of 52
Seksyen 40
(1)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah Lembaga yang dibuat di bawah seksyen 33 atau keputusan Menteri yang dibuat di bawah seksyen 48 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(2)
Sebagai tambahan kepada penalti yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1), Lembaga boleh apabila seseorang ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar disabitkan di bawah subseksyen (1) membatalkan dengan serta-merta pendaftaran ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang berkenaan.
Penalti am