Seksyen 25
Pemberitahuan pemberhentian tanggungan atau pendaftaran secara sukarela
of Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014
Seseorang yang berdaftar di bawah seksyen 21 atau subseksyen 24(1) yang berhenti membuat atau tidak lagi mempunyai niat untuk membuat suatu pembekalan bercukai hendaklah memberitahu Ketua Pengarah tentang hakikat itu dan tarikhnya secara bertulis dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh pemberhentian atau ketiadaan niat itu.
(2)
Seseorang yang berdaftar di bawah subseksyen 24(2)
yang—
(a)
berhenti membuat atau tidak lagi berniat untuk membuat pembekalan di luar Malaysia yang akan menjadi suatu pembekalan bercukai jika dibuat di Malaysia; atau
(b)
membuat atau berniat untuk membuat pembekalan bercukai di Malaysia, hendaklah memberitahu Ketua Pengarah tentang hakikat itu dan tarikhnya secara bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh ia berlaku.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan.