Seksyen 26
Pembatalan pendaftaran
of Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014
Jika seseorang orang berdaftar membuat permintaan secara bertulis untuk membatalkan pendaftarannya atau membuat pemberitahuan di bawah seksyen 25, Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran orang itu dari apa-apa tarikh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah jika dia berpuas hati bahawa orang itu boleh dibatalkan pendaftarannya.
(2)
Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa seseorang orang berdaftar telah terhenti dari boleh didaftarkan, Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftarannya berkuat kuasa dari tarikh dia terhenti dari boleh didaftarkan atau dari apa-apa tarikh terkemudian yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Akta 762 Teks 1 BM.indd 43 6/19/14 5:54:32 PM
Undang-Undang Malaysia 44
Akta 762
(3)
Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pada hari yang seseorang orang berdaftar telah didaftarkan dia bukan orang yang boleh didaftarkan, Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftarannya berkuat kuasa dari tarikh pemberitahuan secara bertulis oleh Ketua Pengarah.
(4)
Bagi maksud seksyen ini, “boleh didaftarkan” ertinya bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 20 atau layak untuk berdaftar di bawah seksyen 24.