Skip to content

Seksyen 29

Pendaftaran pertubuhan atau organisasi yang serupa

of Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014

ActRepealedProvision 29 of 65
Seksyen 29
(1)

Pendaftaran apa-apa pertubuhan atau organisasi yang serupa boleh atas nama pertubuhan atau organisasi yang serupa itu dan dalam menentukan sama ada barang atau perkhidmatan dibekalkan kepada atau oleh pertubuhan atau organisasi yang serupa itu, tidaklah boleh diambil kira apa-apa perubahan dalam anggotanya.

(2)

Jika apa-apa dikehendaki dibuat di bawah Akta ini oleh atau bagi pihak pertubuhan atau organisasi yang serupa, yang hal ehwalnya diuruskan oleh suatu jawatankuasa, atau jawatankuasa anggota-anggotanya, ia hendaklah menjadi tanggungjawab secara bersesama dan berasingan—

(a)

tiap-tiap anggota yang memegang jawatan sebagai presiden, pengerusi, bendahari, setiausaha atau apa-apa jawatan yang serupa; atau

(b)

dalam ketiadaan mana-mana anggota sedemikian, tiap-tiap anggota yang memegang jawatan sebagai anggota suatu jawatankuasa, kecuali bahawa jika ia dikehendaki dibuat atau dengan sepenuhnya dibuat oleh mana-mana pegawai atau anggota jawatankuasa, ia hendaklah dianggap sebagai pematuhan yang mencukupi bagi kehendak itu.