Seksyen 32
of Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014
Seksyen 32
Walau apa pun apa-apa peruntukan Akta ini, jika mana-mana orang yang membuat atau berniat untuk membuat pembekalan bercukai memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa pembekalan itu ialah suatu pembekalan berkadar sifar, Ketua Pengarah boleh, jika difikirkannya patut dan atas permintaan orang itu, mengecualikan orang itu daripada pendaftaran sehingga pengecualian itu ditarik balik.
Akta 762 Teks 1 BM.indd 50 6/19/14 5:54:33 PM
Cukai Barang dan Perkhidmatan 51
(2)
Jika terdapat suatu perubahan dalam sifat pembekalan yang dibuat oleh orang yang dikecualikan daripada pendaftaran di bawah subseksyen (1), dia hendaklah memberitahu secara bertulis kepada Ketua Pengarah tentang perubahan itu dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh berlakunya perubahan itu.