Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

84. Kuasa untuk menahan dan menggeledah pengangkut

Feedback & support
(1)

Pegawai cukai barang dan perkhidmatan boleh menahan dan memeriksa mana-mana pengangkut bagi maksud menentukan sama ada apa-apa barang yang berkenaan dengannya dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah

Akta ini telah dilakukan terkandung di dalamnya dan orang yang mengawal atau menjaga pengangkut itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai cukai barang dan perkhidmatan itu—

(a)

memberhentikan pengangkut itu dan membenarkan pegawai cukai barang dan perkhidmatan untuk memeriksanya;

(b)

memindahkan pengangkut itu ke tempat lain untuk pemeriksaan; dan

(c)

tidak meneruskan sehingga kebenaran untuk berbuat demikian diberikan oleh pegawai cukai barang dan perkhidmatan itu.

Undang-Undang Malaysia 106

(2)

Orang yang mengawal atau menjaga pengangkut yang diperiksa di bawah seksyen ini hendaklah, atas permintaan pegawai cukai barang dan perkhidmatan, membuka semua bahagian pengangkut itu untuk pemeriksaan oleh pegawai cukai barang dan perkhidmatan itu dan mengambil segala langkah yang perlu bagi membolehkan pemeriksaan sebagaimana yang difikirkan perlu untuk dibuat oleh pegawai cukai barang dan perkhidmatan itu.

Penyitaan barang, dsb., yang menjadi subjek kesalahan

Report

Bahagian XI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XII

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XIII

Kajian Semula dan Rayuan

Bahagian XIV

Bahagian XV

Zon Perdagangan Bebas

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules