87. Kuasa menangkap
Feedback & supportMana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan boleh menangkap tanpa waran—
mana-mana orang yang didapati melakukan atau cuba untuk melakukan, atau mengambil khidmat atau menolong mana-mana orang untuk melakukan atau bersubahat dalam pelakuan, suatu kesalahan di bawah Akta ini;
mana-mana orang yang disyakinya dengan munasabah ada dalam milikannya apa-apa barang, dokumen atau benda yang boleh disita di bawah Bahagian ini;
mana-mana orang yang disyakinya dengan munasabah telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, dan pegawai cukai barang dan perkhidmatan itu boleh memeriksa atau menyebabkan untuk diperiksa mana-mana orang yang ditangkap sedemikian:
Undang-Undang Malaysia 110
Dengan syarat bahawa—
mana-mana orang yang ditangkap sedemikian yang meminta supaya dirinya diperiksa dalam kehadiran seorang pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan tidak boleh diperiksa kecuali dalam kehadiran dan di bawah penyeliaan pegawai itu, tetapi orang itu boleh ditahan sehingga ketibaan pegawai itu, atau dibawa ke mana-mana pejabat atau balai polis di mana pegawai itu boleh ditemui;
barang dan bagasi mana-mana orang yang meminta dirinya hadir semasa barang dan bagasi itu diperiksa dan dia menghadirkan dirinya dalam masa yang munasabah tidak boleh diperiksa kecuali dengan kehadirannya;
tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang lain yang sama jantina, dan pemeriksaan sedemikian hendaklah dijalankan dengan mengambil kira dengan tegas akan kesopanan.
Mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan yang membuat tangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, membawa orang yang ditangkap itu ke balai polis yang paling hampir, dan sesudah itu orang itu hendaklah diperlakukan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa.
Jika mana-mana orang yang boleh ditangkap di bawah
Akta ini tidak ditangkap pada masa dia melakukan kesalahan itu yang dia bertanggungan baginya, atau selepas dia ditangkap dia melepaskan dirinya, dia boleh pada bila-bila masa selepas itu ditangkap dan diperlakukan seolah-olah dia telah ditangkap pada masa dia melakukan kesalahan itu.
Pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan boleh menyebabkan diambil fotograf, kesan jari, ibu jari dan apa-apa bentuk pengenalan lain yang mungkin dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan terhadap Akta ini.
Tiap-tiap orang yang ditangkap boleh dilepaskan daripada jagaan—
apabila dia mendepositkan sejumlah wang yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan;
Cukai Barang dan Perkhidmatan 111
apabila dia menyempurnakan suatu bon, dengan penjamin atau penjamin-penjamin, sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan;
atau
apabila dia mendepositkan sejumlah wang yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan dan dia menyempurnakan suatu bon, dengan penjamin atau penjamin-penjamin, sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan.
Mana-mana orang yang telah dilepaskan daripada jagaan di bawah subseksyen (5) boleh ditangkap tanpa waran oleh mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan—
jika pegawai itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana syarat yang berdasarkannya atau tertakluk kepadanya orang itu dilepaskan atau selainnya dibenarkan untuk dijamin telah atau berkemungkinan akan dimungkiri; atau
apabila diberitahu secara bertulis oleh penjamin orang itu bahawa orang itu berkemungkinan akan memungkiri mana-mana syarat yang berdasarkannya atau yang tertakluk kepadanya orang itu telah dilepaskan dan bahawa penjamin itu berhasrat untuk dilepaskan daripada tanggungjawabnya sebagai penjamin.