Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

86. Pemulangan atau pelupusan barang boleh alih

Feedback & support
(1)

Bagi maksud penyiasatan, jika mana-mana barang boleh alih telah disita di bawah Bahagian ini, pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan boleh, mengikut budi bicaranya—

(a)

memulangkan barang boleh alih itu secara sementara kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripada pemilikan, jagaan atau kawalannya ia disita, atau kepada mana-mana orang yang difikirkan oleh pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan itu sebagai berhak ke atas barang boleh alih itu, tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan, dan, tertakluk dalam apa-apa keadaan, kepada pengemukaan jaminan yang mencukupi yang memuaskan hati pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan bahawa barang boleh alih itu akan diserahkan kepada pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan atas permintaan yang dibuat oleh pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan dan apa-apa terma dan syarat tersebut, jika ada, hendaklah dipatuhi;

(b)

memulangkan barang boleh alih itu kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripadanya pemilikan, jagaan atau kawalannya ia disita, atau kepada orang yang difikirkan oleh pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan itu sebagai berhak ke atas barang boleh alih itu, dengan kebebasan bagi orang itu yang kepadanya barang boleh alih itu dipulangkan untuk melupuskannya, pemulangan itu tertakluk kepada pengemukaan jaminan yang memuaskan hati pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan itu

Undang-Undang Malaysia 108

dalam suatu amaun yang tidak kurang daripada suatu amaun yang, pada pendapat pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan itu, menunjukkan—

(i)

nilai barang boleh alih, pada tarikh barang itu dipulangkan; dan

(ii)

cukai genap masa dan kena dibayar berkenaan dengannya, bagi pembayaran amaun yang dijamin kepada Ketua

Pengarah dalam keadaan sekiranya mahkamah membuat suatu perintah pelucuthakkan di bawah seksyen 117;

atau

(c)

menjual atau memusnahkan barang boleh alih itu, mengikut kesesuaian hal keadaan, jika ia suatu benda hidup atau jika, pada pendapat pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan, ia merupakan jenis yang cepat rosak atau merbahaya atau mungkin merosot dengan cepat dari segi kualiti atau nilai, dan jika ia dijual, dia hendaklah memegang hasil jualan itu untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan.

(2)

Bila-bila masa apa-apa barang boleh alih dipulangkan atau dilupuskan di bawah subseksyen (1), suatu dokumen yang berupa suatu perakuan mengikut subseksyen 112(1) hendaklah dikeluarkan oleh pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan.

(3)

Mana-mana orang yang—

(a)

tidak menyerahkan atas permintaan kepada pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan barang boleh alih yang dipulangkan secara sementara kepadanya di bawah perenggan (1)(a); atau

(b)

tidak mematuhi atau melanggar apa-apa terma atau syarat yang dikenakan di bawah perenggan (1)(a), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(4)

Tanggungan jenayah mana-mana orang di bawah subseksyen (3) adalah sebagai tambahan kepada apa-apa tanggungan lain yang orang tersebut atau mana-mana orang lain boleh menanggung di bawah terma dan syarat yang berhubungan dengan pemulangan barang boleh alih di bawah perenggan (1)(a).

Cukai Barang dan Perkhidmatan 109

(5)

Peruntukan subseksyen (3) tidak terpakai bagi orang, jika ada, yang menjadi penggerenti atau penjamin orang yang kepadanya barang itu dipulangkan di bawah perenggan (1)(a).

(6)

Menteri boleh, sama ada secara am atau dalam mana-mana keadaan tertentu atau kelas keadaan, memberikan apa-apa arahan kepada Ketua Pengarah sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat berkenaan dengan penjalanan kuasa yang diberikan kepada pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan di bawah subseksyen (1).

(7)

Tiada seorang pun berhak untuk mengambil apa-apa tindakan atas sebab apa-apa perbuatan yang dilakukan atau apa-apa keputusan yang diambil oleh atau bagi pihak Menteri atau oleh atau bagi pihak pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan di bawah seksyen ini, dan tiada mahkamah mempunyai apa-apa bidang kuasa untuk mendengar mana-mana tindakan sedemikian.

(8)

Bagi maksud seksyen ini, “barang boleh alih” termasuklah apa-apa jua perihalan barang boleh alih yang disita di bawah Akta ini.

Report

Bahagian XI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XII

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XIII

Kajian Semula dan Rayuan

Bahagian XIV

Bahagian XV

Zon Perdagangan Bebas

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules