85. Section 85
Feedback & supportSemua barang, dokumen atau benda yang berkenaan dengannya pegawai cukai barang dan perkhidmatan mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa telah berlaku apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini dan apa-apa bekas muatan, bungkusan atau pengangkut (jika pengangkut itu ialah suatu vesel, vesel itu hendaklah tidak melebihi dua ratus tan bersih muatan tanan berdaftarnya atau jika pengangkut itu ialah suatu pesawat, pesawat itu hendaklah bukan pesawat yang terlibat dengan pengangkutan antarabangsa) yang dalamnya barang, dokumen atau benda itu dijumpai atau telah digunakan berkaitan dengan kesalahan atau pelanggaran itu, dan apa-apa barang, dokumen, atau benda lain yang dipercayai dengan munasabah sebagai mempunyai kaitan dengan kes itu, boleh disita oleh pegawai cukai barang dan perkhidmatan di dalam mana-mana tempat sama ada di darat atau dalam perairan wilayah.
Apabila mana-mana barang, dokumen, benda, bekas muatan, bungkusan atau pengangkut disita di bawah Akta ini, pegawai cukai barang dan perkhidmatan hendaklah dengan serta-merta memberikan notis secara bertulis mengenai penyitaan itu dan alasan mengenainya kepada pemunya barang, dokumen, bekas muatan, bungkusan atau pengangkut itu, jika diketahui, sama ada dengan menyerahkan notis itu kepadanya secara kediri atau melalui pos ke tempat kediamannya, jika diketahui.
Seksyen ini yang berhubungan dengan penyitaan—
apa-apa barang, dokumen atau benda hendaklah terpakai bagi semua kandungan apa-apa bekas muatan, bungkusan atau pengangkut yang dalamnya barang, dokumen atau benda itu dijumpai dan bagi apa-apa barang yang digunakan untuk menyembunyikan barang, dokumen atau benda itu; dan
Cukai Barang dan Perkhidmatan 107
apa-apa pengangkut hendaklah terpakai bagi takal, kelengkapan dan peralatan pengangkut itu dan jika pengangkut itu ialah suatu kenderaan binatang, bagi mana-mana binatang yang menarik pengangkut itu.
Apa-apa barang daripada jenis yang cepat rosak atau mana-mana binatang yang disita di bawah seksyen ini boleh dengan serta-merta dijual dan hasil jualan itu hendaklah dipegang untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan.