Hotels (Federal Territory of Kuala Lumpur) Act 2003 · Updated to 1 Aug 2013 · Bahagian III · Penguatkuasaan
16. Penggeledahan tanpa waran
Feedback & supportJika Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa, dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam seksyen 15, mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelewatan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen
Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 15
itu tujuan penggeledahan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan sesuatu kesalahan berkemungkinan akan diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai itu boleh masuk ke dalam premis itu dan menjalankan semua kuasa yang disebut dalam seksyen 15 dengan sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.