Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2013Read it in English

Bahagian III · Penguatkuasaan

23. Senarai benda yang disita

Feedback & support
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa buku, akaun, dokumen, benda atau barang disita di bawah seksyen 15 atau 16, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah menyediakan suatu senarai benda yang disita itu dan dengan serta-merta menyerahkan sesalinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada pemegang lesen atau penghuni yang premisnya telah digeledah, atau kepada ejen atau pekhidmat pemegang lesen atau penghuni itu di premis itu.

(2)

Jika premis itu tidak didiami, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah melekatkan senarai benda yang disita itu dengan ketara di premis itu.

Report