Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2013Read it in English

Bahagian III · Penguatkuasaan

22. Kuasa penangkapan

Feedback & support
(1)

Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang—

(a)

yang semunasabahnya dipercayai olehnya telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini; dan

(b)

yang enggan memberikan nama dan alamatnya apabila diminta atau jika ada sebab untuk meragui ketepatan nama dan alamat yang diberikan.

(2)

Seseorang yang ditangkap di bawah seksyen ini hendaklah dibawa ke balai polis dan hendaklah dibawa ke hadapan seorang

Majistret dalam masa dua puluh empat jam, melainkan jika sebelum dari masa itu nama dan kediamannya yang sebenarnya telah dapat ditentukan, dan dalam hal yang sedemikian orang itu hendaklah dilepaskan dengan serta-merta apabila dia menyempurnakan suatu bon untuk hadir di hadapan seorang Majistret jika dikehendaki sedemikian.

(3)

Apabila mana-mana orang sedemikian dibawa ke hadapan seorang Majistret, Majistret itu boleh sama ada menghendaki dia menyempurnakan suatu bon, dengan atau tanpa penjamin untuk hadir di hadapan seorang Majistret sekiranya dikehendaki, atau boleh memerintahkan supaya dia ditahan dalam jagaan sehingga dia dapat dibicarakan.

Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 19

Report