Skip to content

Seksyen 21

Pemeriksaan orang yang tahu tentang kes

of Akta Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2003

ActIn forceProvision 21 of 37
Seksyen 21
(1)

Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa, apabila menjalankan kuasa penyiasatan di bawah Akta ini, boleh secara lisan memeriksa mana-mana orang yang dijangka tahu tentang fakta dan hal keadaan kes itu.

(2)

Orang yang diperiksa oleh Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh Datuk Bandar atau pegawai diberi kuasa itu, tetapi orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya cenderung untuk mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.

(3)

Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat secara keseluruhan atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan-soalan.

(4)

Datuk Bandar atau pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah seksyen ini hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang peruntukan subseksyen (2) dan (3).

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 626

(5)

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah seksyen ini hendaklah, seboleh-bolehnya, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau ditandakan dengan cap ibu jarinya selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuatnya dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.