Seksyen 25
Benda atau barang yang mengikut tabiinya lekas rosak
of Akta Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2003
Walau apa pun seksyen 24, jika apa-apa benda atau barang yang disita dalam penjalanan kuasa yang diberikan di bawah Akta ini adalah daripada jenis yang mudah musnah atau yang mengikut tabiinya lekas rosak atau jika penjagaan benda atau barang itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah, atau dipercayai menyebabkan halangan atau membahayakan orang ramai,
Datuk Bandar atau pegawai diberi kuasa boleh mengarahkan supaya benda atau barang itu dijual pada bila-bila masa dan seksyen 24
hendaklah terpakai bagi hasil jualan itu.
(2)
Datuk Bandar atau pegawai diberi kuasa itu tidaklah bertanggungan kepada mana-mana orang bagi apa-apa kemerosotan, walau apa pun sebabnya, dalam kualiti apa-apa benda atau barang yang disita di bawah Akta ini.
Halangan, dsb.