Hotels (Federal Territory of Kuala Lumpur) Act 2003 · Updated to 1 Aug 2013 · Bahagian III · Penguatkuasaan
19. Kuasa untuk masuk
Feedback & supportDatuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh, dengan atau tanpa pembantu atau pekerja, masuk ke dalam mana-mana hotel, premis atau bangunan bagi maksud—
membuat apa-apa siasatan, pemeriksaan atau penyiasatan tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan di bawah Akta ini;
mengambil apa-apa langkah yang perlu untuk menutup secara fizikal mana-mana hotel di bawah seksyen 18; dan
melakukan apa-apa perbuatan lain yang perlu bagi pentadbiran yang cekap Akta ini.
Mana-mana orang yang dengan sengaja menghalang kemasukan mana-mana orang yang diberi kuasa atau dibenarkan di
Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 17
bawah subseksyen (1) untuk masuk ke dalam mana-mana hotel, premis atau bangunan melakukan suatu kesalahan.