Skip to content

Seksyen 6

of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022

ActIn forceProvision 6 of 97

Seksyen 6

(1)

Pertubuhan boleh, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pertubuhan bagi maksud

Akta ini—

(a)

membuat kontrak;

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap jenis harta alih dan harta tak alih; dan

Keselamatan Sosial Suri Rumah 15

(c)

memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis, memajakkan, menyerahhakkan semula, memindah milik atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan yang terletak hak pada

Pertubuhan.