Skip to content

Seksyen 20

of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022

ActIn forceProvision 20 of 97

Seksyen 20

(1)

Tiap-tiap tuntutan bagi faedah di bawah Akta ini hendaklah dikemukakan mengikut apa-apa cara kepada Pertubuhan dengan apa-apa keterangan bagi menyokong tuntutan itu sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Suatu tuntutan bagi faedah di bawah Akta ini hendaklah dibuat—

(a)

dalam hal bencana domestik, dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh bencana domestik itu; atau

(b)

dalam hal keilatan, dalam tempoh dua puluh empat bulan dari tarikh suri rumah berinsurans itu menjadi ilat.

Keselamatan Sosial Suri Rumah 25

(3)

Bagi maksud tuntutan bagi faedah di bawah Akta ini, kejadian yang berkaitan dengan tuntutan itu hendaklah berlaku di dalam

Malaysia.