Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 · Updated to 1 Jun 2024 · Bahagian VI · Penentuan, Semakan Semula dan Rayuan
46. Penentuan persoalan mengenai keilatan atau hilang upaya kekal
Feedback & supportPenilai perubatan hendaklah memeriksa orang yang menuntut faedah dan menentukan, dengan keterangan yang ada hingga memuaskan hatinya dan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan, apa-apa persoalan—
sama ada kemalangan, kejadian atau penyakit yang berkaitan itu telah mengakibatkan keilatan;
sama ada bencana domestik yang berkaitan itu telah mengakibatkan hilang upaya kekal; atau
sama ada takat kehilangan kebolehan keupayaan suri rumah berinsurans untuk mengurus rumah tangga boleh ditaksirkan berdasarkan penilaian fungsional bagi maksud faedah hilang upaya dan takat kehilangan kebolehan keupayaan itu.
Penilai perubatan hendaklah menghantar suatu laporan pemeriksaan dan penentuannya kepada Pertubuhan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.
40
Undang-Undang Malaysia