Skip to content

Seksyen 13

of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022

ActIn forceProvision 13 of 97

Seksyen 13

(1)

Pertubuhan hendaklah melaksanakan Skim kepada suri rumah mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Pertubuhan boleh menjalankan apa-apa program atau aktiviti, atau kerjasama dengan mana-mana orang bagi maksud—

(a)

melaksanakan Skim termasuklah bagi bayaran caruman di bawah Akta ini; dan

(b)

peningkatan kesihatan, keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan mana-mana suri rumah.