Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2024Read it in English

Bahagian IX · Penguatkuasaan dan Penyiasatan

75. Kuasa penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan

Feedback & support
(1)

Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, mengarahkan mana-mana Pemeriksa untuk menjalankan kuasanya dan melaksanakan fungsinya yang diberi oleh Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969

bagi melaksanakan maksud Akta ini.

(2)

Pemeriksa hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis dalam apa-apa jua pangkat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], kecuali kuasa untuk menangkap tanpa waran, berhubung dengan penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan, dan kuasa itu hendaklah menjadi tambahan kepada kuasa yang diberi oleh Akta ini dan tidak mengurangkan kuasanya.

(3)

Pemeriksa boleh memeriksa mana-mana orang jika Pemeriksa itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu mempunyai maklumat atau dokumen yang berkaitan yang berhubungan dengan apa-apa aktiviti mengurus rumah tangga.

60

Undang-Undang Malaysia

(4)

Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah hendaklah mempunyai segala kuasa Pemeriksa di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Report

Bahagian X

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XI

Schedules