Skip to content

Seksyen 65

of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022

ActIn forceProvision 65 of 97

Seksyen 65

(1)

Menteri hendaklah, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan suatu Tribunal Keselamatan Sosial Suri Rumah bagi

Negeri atau kawasan, sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu.

(2)

Tribunal hendaklah dipengerusikan oleh seorang Pengerusi yang dilantik oleh Menteri atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(3)

Seseorang adalah layak bagi pelantikan sebagai Pengerusi di bawah subseksyen (2) jika—

(a)

dia seorang warganegara; dan

(b)

selama sepuluh tahun sebelum pelantikannya, dia telah menjadi—

(i)

seorang anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan Persekutuan;

54

Undang-Undang Malaysia

(ii)

peguam bela dan peguam cara mengikut pengertian

Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166];

(iii)

peguam bela mengikut pengertian Ordinan Peguam

Bela Sabah [Sabah Cap. 2]; atau

(iv)

peguam bela mengikut pengertian Ordinan Peguam

Bela Sarawak [Sarawak Cap. 110].