Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2024Read it in English

Bahagian IX · Penguatkuasaan dan Penyiasatan

76. Kuasa untuk menghendaki maklumat dan menjalankan pemeriksaan

Feedback & support
(1)

Bagi maksud memperoleh maklumat mengenai sama ada mana-mana orang telah membuat bayaran caruman atau apa-apa maklumat lain yang berhubung dengan tuntutan bagi faedah di bawah

Akta ini, Ketua Pengarah atau Pemeriksa boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen, atau berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan, yang berkaitan dengan bayaran caruman atau tuntutan bagi faedah di bawah Akta ini—

(a)

untuk memberikan apa-apa maklumat kepada Ketua

Pengarah atau Pemeriksa dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam notis itu; atau

(b)

untuk hadir sendiri di hadapan Ketua Pengarah atau

Pemeriksa dan untuk mengemukakan bagi pemeriksaan apa-apa buku, akaun, rekod dan dokumen lain termasuk rekod elektronik yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah atau

Pemeriksa.

(2)

Jika ternyata kepada mana-mana Majistret atas maklumat bertulis bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa di mana-mana tempat atau bangunan terdapat apa-apa buku, akaun, rekod atau dokumen lain termasuk rekod elektronik yang pengemukaannya telah dikehendaki di bawah subseksyen (1) tetapi tidak dikemukakan, Majistret itu boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah, Pemeriksa atau mana-mana pegawai Pertubuhan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah, dengan atau tanpa bantuan, memasuki tempat atau bangunan, dengan kekerasan jika perlu, dan memeriksa tempat atau bangunan itu,

Keselamatan Sosial Suri Rumah 61

menyita, mengambil milikan dan menahan apa-apa buku, akaun, rekod atau dokumen lain termasuk rekod elektronik.

(3)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Menghalang, dsb., Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah atau Pemeriksa

Report

Bahagian X

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XI

Schedules