Seksyen 9
Penubuhan jawatankuasa
of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022
Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Lembaga untuk menasihati dan membantu Lembaga dalam melaksanakan fungsinya dan dalam menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.
(2)
Lembaga boleh mewakilkan fungsi dan kuasanya kepada mana-mana jawatankuasa sedemikian tertakluk pada apa-apa terma dan sekatan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
18
Undang-Undang Malaysia
(3)
Mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)—
(a)
hendaklah dipengerusikan oleh pengerusi yang dilantik oleh
Lembaga;
(b)
hendaklah menepati dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Lembaga; dan
(c)
boleh menentukan tatacaranya sendiri.
(4)
Anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh dilantik daripada kalangan anggota Lembaga atau mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Lembaga.
(5)
Anggota jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan belanja lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
(6)
Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan atas apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula atas apa-apa terma sebagaimana yang ditentukan oleh
Lembaga.
(7)
Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa.
(8)
Seorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis kepada
Pengerusi Lembaga.
(9)
Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
(10)
Sesuatu jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuaratnya pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi jawatankuasa.
Keselamatan Sosial Suri Rumah 19
(11)
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihati jawatankuasa itu mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
(12)
Mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (11)
boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh
Lembaga.
Ketidaklayakan pelantikan sebagai anggota Jawatankuasa