Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

Bahagian V · Hak Pemunya, Penyerahhakan dan Perpindahan

31. Pemunyaan bersama

Feedback & support
(1)

Jika suatu reka bentuk perindustrian didaftarkan atas nama dua orang atau lebih, setiap seorang daripada mereka, tertakluk kepada apa-apa perjanjian yang sebaliknya antara mereka, hendaklah mempunyai hak yang sama rata terhadap bahagian yang tidak dipecahkan dalam reka bentuk perindustrian berdaftar itu.

(2)

Jika dua orang atau lebih adalah pemunya bersama suatu reka bentuk perindustrian berdaftar, maka, tertakluk kepada seksyen ini dan kepada apa-apa perjanjian yang sebaliknya antara mereka—

(a)

setiap seorang daripada mereka, dengan bertindak sendiri atau melalui ejennya, adalah berhak untuk melakukan apa-apa perbuatan, untuk faedah dirinya dan tanpa kebenaran atau keperluan untuk memberikan penjelasan kepada orang lain, yang jika tidak kerana subseksyen ini akan menjadi suatu pelanggaran reka bentuk perindustrian berdaftar itu; dan

(b)

apa-apa perbuatan sedemikian tidaklah menjadi suatu pelanggaran reka bentuk perindustrian berdaftar.

(3)

Jika dua orang atau lebih adalah pemunya bersama suatu reka bentuk perindustrian berdaftar, maka, tertakluk kepada apa-apa perjanjian yang sebaliknya antara mereka, tiada seorang pun daripada mereka boleh memberikan lesen berkenaan dengan penggunaan reka bentuk perindustrian berdaftar itu, atau menyerahhakkan atau menggadaikan kepentingannya dalam reka bentuk perindustrian berdaftar itu tanpa mendapat kebenaran pemunya yang lain.

(4)

Peruntukan seksyen ini hendaklah mempunyai kuat kuasa berhubungan dengan hak untuk memohon untuk mendaftarkan suatu reka bentuk perindustrian sebagaimana ia berkuat kuasa berhubungan dengan reka bentuk perindustrian berdaftar, dan sebutan tentang reka bentuk perindustrian berdaftar hendaklah termasuk sebutan tentang hak untuk memohon untuk mendaftarkan suatu reka bentuk perindustrian.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 552

Report

Bahagian VI

Pelanggaran

Bahagian VII

Kesalahan

Bahagian VIII

Kuasa Lain Pendaftar

Bahagian IX

Pelbagai