Act of Parliament · Updated to 1 Jan 2013 · 9 parts
Industrial Designs Act 1996
Feedback & supportRegistration of industrial designsBahagian I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Reka Bentuk
Perindustrian 1996 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
s 2Takat pemakaian
Akta ini hendaklah terpakai bagi permohonan untuk mendaftarkan reka bentuk perindustrian yang dibuat selepas Akta ini mula berkuat kuasa dan bagi pendaftaran reka bentuk perindustrian yang dibuat berasaskan permohonan itu.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 552
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“barang” ertinya apa-apa barang perkilangan atau kraftangan dan termasuklah mana-mana bahagian barang atau kraftangan itu jika bahagian itu dibuat dan dijual berasingan tetapi tidak termasuk suatu litar bersepadu atau suatu bahagian suatu litar bersepadu mengikut pengertian Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar
Bersepadu 2000 [Akta 601], atau suatu pencontoh yang digunakan untuk membuat litar bersepadu sedemikian;
“berdaftar” ertinya berdaftar di bawah Akta ini;
“Daftar” ertinya Daftar Reka Bentuk Perindustrian yang disimpan di bawah Akta ini;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh atau di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dan jika tiada cara dinyatakan, ertinya ditetapkan dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;
“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi atau seorang hakim
Mahkamah Tinggi;
“Menteri”
ertinya
Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi harta intelek;
“negara konvensyen” ertinya suatu negara yang berkenaan dengannya sedang berkuat kuasa suatu perintah di bawah seksyen 48 yang mengisytiharkannya sebagai suatu negara konvensyen bagi maksud Akta ini;
“pemunya” ertinya orang yang didaftarkan sebagai pemunya reka bentuk perindustrian berdaftar atau, jika terdapat dua orang sedemikian atau lebih, setiap orang daripada mereka;
“pemunya asal” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh seksyen 10;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Reka Bentuk Perindustrian yang
Reka Bentuk Perindustrian 9
ditetapkan dalam subseksyen 4(1);
“pencipta” ertinya orang yang mencipta sesuatu reka bentuk;
“Penolong Pendaftar” ertinya orang yang dilantik atau disifatkan telah dilantik untuk menjadi Penolong Pendaftar di bawah subseksyen 4(2) atau (3);
“Perbadanan” ertinya Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002
[Akta 617];
“pernyataan kebaharuan”, berhubungan dengan sesuatu reka bentuk perindustrian, ertinya pernyataan yang berhubungan dengan representasi sesuatu barang yang padanya reka bentuk perindustrian itu digunakan yang menunjukkan ciri-ciri representasi itu yang berkenaan dengannya kebaharuan dituntut;
“reka bentuk perindustrian” ertinya ciri bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian, iaitu ciri yang, pada barang siap, merupakan ciri yang menarik dan dinilaikan dengan pandangan mata, tetapi tidak termasuk—
kaedah atau prinsip pembinaan; atau
ciri bentuk atau tatarajah sesuatu barang yang—
ditentukan semata-mata oleh fungsi yang perlu dilakukan oleh barang itu; atau
bergantung kepada rupa suatu barang lain dan barang itu dimaksudkan oleh pencipta reka bentuk itu untuk menjadi suatu bahagian yang perlu dalam barang lain itu;
“reka bentuk perindustrian berdaftar” ertinya suatu reka bentuk perindustrian yang didaftarkan di bawah Akta ini;
“representasi”, berhubungan dengan suatu barang yang padanya reka bentuk perindustrian digunakan, ertinya lukisan, surihan atau spesimen barang yang padanya reka bentuk perindustrian itu digunakan atau gambar foto bagi lukisan, surihan atau spesimen itu;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 552
“set barang” ertinya sebilangan barang yang sama sifat umumnya dan biasanya dijual bersama-sama, atau dimaksudkan untuk digunakan bersama-sama, iaitu barang yang pada setiap satunya digunakan suatu reka bentuk perindustrian yang sama seperti, atau yang berlainan hanya dari segi butir-butir tidak material atau ciri-ciri yang biasanya digunakan dalam perdagangan yang relevan daripada, reka bentuk perindustrian yang digunakan terhadap barang lain atau terhadap mana-mana barang itu;
“tarikh yang ditetapkan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada ungkapan itu dalam Akta Perbadanan Harta
Intelek Malaysia 2002;
“Timbalan Pendaftar” ertinya orang yang dilantik atau disifatkan telah dilantik untuk menjadi Timbalan Pendaftar di bawah subseksyen 4(2) atau (3);
“wakil diri di sisi undang-undang”, berhubungan dengan orang yang telah mati, ertinya orang yang kepadanya probet wasiat oleh orang yang telah mati itu, surat pentadbiran harta pusaka orang yang telah mati itu atau pemberian lain yang seumpamanya, telah diberikan, sama ada di Malaysia atau di tempat lain.
Sebutan tentang sesuatu barang dalam Akta ini hendaklah dibaca sebagai termasuk sebutan tentang—
suatu set barang;
setiap barang dalam suatu set barang; dan
suatu set barang dan setiap barang dalam set itu, kedua-duanya, mengikut kehendak keadaan.
Bahagian II
Pentadbiran
Bahagian III
Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian
Bahagian IV
Tempoh Pendaftaran
Bahagian V
Hak Pemunya, Penyerahhakan dan Perpindahan
Bahagian VI
Pelanggaran
Bahagian VII
Kesalahan
Bahagian VIII
Kuasa Lain Pendaftar
Bahagian IX