Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

Bahagian VI · Pelanggaran

32. Pelanggaran reka bentuk perindustrian berdaftar

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, pemunya sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar hendaklah mempunyai hak eksklusif untuk membuat atau mengimport untuk dijual atau disewakan, atau untuk menggunakan bagi tujuan apa-apa perdagangan atau perniagaan, atau untuk menjual, menyewakan atau menawarkan atau mendedahkan untuk dijual atau disewakan, apa-apa barang yang padanya reka bentuk perindustrian berdaftar itu telah digunakan.

(2)

Tertakluk kepada seksyen 30, seseorang melanggar hak yang diberikan oleh pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian jika dia, tanpa lesen atau kebenaran pemunya reka bentuk perindustrian itu membuat mana-mana perkara yang berikut semasa pendaftaran itu masih berkuat kuasa:

(a)

menggunakan reka bentuk perindustrian itu atau apa-apa tiruan palsu atau nyata reka bentuk perindustrian itu pada apa-apa barang yang berkenaan dengannya reka bentuk perindustrian itu didaftarkan;

(b)

mengimport ke dalam Malaysia untuk dijual, atau untuk digunakan bagi maksud apa-apa perdagangan atau perniagaan, apa-apa barang yang padanya, telah digunakan reka bentuk perindustrian itu atau apa-apa tiruan palsu atau nyata reka bentuk perindustrian itu di luar Malaysia tanpa lesen atau kebenaran pemunyanya;

atau

(c)

menjual, atau menawarkan atau menyimpan untuk dijual, atau menyewakan atau menawarkan atau menyimpan untuk disewakan, mana-mana barang yang diperihalkan dalam perenggan (a) dan (b).

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), hak pemunya sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar tidaklah meliputi perbuatan berkenaan dengan sesuatu barang yang padanya reka bentuk perindustrian berdaftar itu digunakan, oleh atau dengan kebenaran

Reka Bentuk Perindustrian 29

pemunya, selepas barang itu diimport atau dijual di Malaysia dengan sah.

Report

Bahagian VII

Kesalahan

Bahagian VIII

Kuasa Lain Pendaftar

Bahagian IX

Pelbagai