Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

Bahagian III · Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian

10. Pemunyaan reka bentuk perindustrian berdaftar

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada seksyen ini, pencipta sesuatu reka bentuk perindustrian hendaklah dianggap sebagai pemunya asal reka bentuk perindustrian itu bagi maksud Akta ini.

(2)

Jika suatu reka bentuk perindustrian dicipta menurut tempahan bagi suatu wang atau nilai wang, orang yang menempah reka bentuk perindustrian itu hendaklah dianggap sebagai pemunya asal reka bentuk perindustrian itu, tertakluk kepada apa-apa perjanjian yang sebaliknya antara kedua-dua pihak itu.

(3)

Jika, dalam keadaan yang tidak terangkum dalam subseksyen

(2)

, suatu reka bentuk perindustrian dicipta oleh seorang pekerja dalam tempoh penggajiannya, majikannya hendaklah dianggap sebagai pemunya asal reka bentuk perindustrian itu, tertakluk kepada apa-apa perjanjian yang sebaliknya antara kedua-dua pihak itu.

(4)

Pemunya asal sesuatu reka bentuk perindustrian atau pemegang serah hak apa-apa kepentingan dalam sesuatu reka bentuk perindustrian boleh menyerahhakkan secara bertulis kepada orang lain keseluruhan atau mana-mana bahagian kepentingannya mengenai reka bentuk perindustrian itu.

(5)

Jika sesuatu reka bentuk perindustrian, atau hak untuk menggunakan sesuatu reka bentuk perindustrian pada apa-apa barang, menjadi terletak hak sama ada secara penyerahhakan, perpindahan atau kuat kuasa undang-undang, pada mana-mana orang selain daripada pemunya asal, sama ada berseorangan atau bersesama dengan pemunya asal, maka orang lain itu atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, pemunya asal dan orang lain itu hendaklah dianggap bagi maksud seksyen 11 sebagai pemunya asal reka bentuk perindustrian itu atau sebagai pemunya asal reka bentuk perindustrian berkaitan dengan barang itu.

(6)

Bagi sesuatu reka bentuk perindustrian yang dihasilkan oleh komputer dalam keadaan tiada pencipta manusia, orang yang

Reka Bentuk Perindustrian 15

membuat perkiraan yang perlu untuk mencipta reka bentuk perindustrian itu hendaklah dianggap sebagai penciptanya.

Report

Bahagian IV

Tempoh Pendaftaran

Bahagian V

Hak Pemunya, Penyerahhakan dan Perpindahan

Bahagian VI

Pelanggaran

Bahagian VII

Kesalahan

Bahagian VIII

Kuasa Lain Pendaftar

Bahagian IX

Pelbagai