Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

Bahagian VIII · Kuasa Lain Pendaftar

40. Pindaan reka bentuk perindustrian berdaftar

Feedback & support
(1)

Pemunya sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar boleh, mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Menteri, meminta Pendaftar supaya meminda sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar atau apa-apa dokumen yang dikaitkan dengannya bagi maksud membetulkan silap tulis, kesilapan nyata atau bagi apa-apa sebab lain yang dapat diterima oleh Pendaftar.

(2)

Permintaan supaya dibuat sesuatu pindaan hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.

(3)

Kecuali bagi maksud membetulkan silap tulis atau kesilapan nyata, tiada pindaan boleh dibenarkan di bawah seksyen ini jika pindaan itu akan menyebabkan penzahiran perkara yang melebihi apa yang dizahirkan sebelum pindaan itu, atau memperluas perlindungan yang diberikan pada masa pendaftaran reka bentuk perindustrian yang berkenaan.

(4)

Tiada pindaan boleh dibenarkan dibuat dalam pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian di bawah seksyen ini jika ada prosiding mahkamah yang belum selesai dan dalam prosiding itu kesahan pendaftaran reka bentuk perindustrian itu boleh dijadikan isu.

(5)

Jika Daftar telah dipinda di bawah seksyen ini, Pendaftar boleh menghendaki supaya perakuan pendaftaran itu diserahkan

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 552

kepadanya dan boleh membatalkan perakuan pendaftaran itu dan mengeluarkan perakuan pendaftaran baru dengan apa-apa pindaan berbangkit yang menjadi perlu oleh sebab pindaan kepada Daftar.

Report