Seksyen 25
of Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996
Seksyen 25
Pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada tarikh pemfailan permohonan untuk mendaftarkan reka bentuk perindustrian itu dan hendaklah berkuat kuasa selama lima tahun selepas itu.
(2)
Tempoh pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian boleh dilanjutkan dua kali lagi berturut-turut selama tempoh lima tahun bagi setiap kali lanjutan jika suatu permohonan bagi mendapatkan pelanjutan dibuat dalam borang yang ditetapkan, dan fi pelanjutan yang ditetapkan dibayar sebelum luput tempoh pendaftaran semasa.
(3)
Tempoh tangguhan selama enam bulan dari tarikh apa-apa fi pelanjutan yang belum dibayar kena dibayar hendaklah diberikan bagi pembayaran fi pelanjutan itu, tertakluk kepada pembayaran apa-apa surcaj sebagaimana yang ditetapkan.
(4)
Jika sesuatu permohonan pelanjutan tidak dibuat atau sesuatu fi pelanjutan tidak dibayar mengikut kehendak seksyen ini, pendaftaran hendaklah luput dan notis tentang luputnya pendaftaran itu hendaklah disiarkan dalam Warta.