Skip to content

Seksyen 37

Pernyataan palsu tentang pendaftaran

of Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996

ActIn forceProvision 38 of 51
Seksyen 37
(1)

Mana-mana orang yang membuat pernyataan palsu bahawa apa-apa jua pun yang dilupuskan olehnya untuk mendapat balasan berharga ialah suatu barang yang dilindungi oleh suatu pendaftaran reka bentuk perindustrian adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), seseorang yang melupuskan untuk mendapat balasan berharga apa-apa barang yang telah dicap, diukir atau ditera padanya atau selainnya digunakan padanya perkataan “reka bentuk perindustrian berdaftar” atau apa-apa perkataan lain yang menyatakan atau menyiratkan bahawa barang itu adalah suatu barang yang padanya reka bentuk perindustrian berdaftar telah digunakan, hendaklah dikira sebagai menggambarkan bahawa barang itu adalah suatu barang yang dilindungi oleh suatu pendaftaran reka bentuk perindustrian.

(3)

Subseksyen (1) tidaklah terpakai jika pernyataan dibuat berhubungan dengan sesuatu reka bentuk perindustrian selepas

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 552

pendaftaran berkenaan dengan reka bentuk itu telah habis tempoh atau dibatalkan dan sebelum tamat suatu tempoh yang semunasabahnya cukup untuk membolehkan orang itu mengambil langkah untuk memastikan bahawa pernyataan itu tidak dibuat atau tidak terus dibuat.

(4)

Dalam prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini adalah menjadi suatu pembelaan bagi mana-mana orang jika dia membuktikan bahawa dia telah menggunakan usaha wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.

(5)

Seksyen ini hendaklah mempunyai kuat kuasa berhubungan dengan sesuatu hak untuk memohon pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian sebagaimana ia mempunyai kuat kuasa berhubungan dengan sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar, dan sebutan tentang reka bentuk perindustrian berdaftar hendaklah termasuk sebutan tentang hak untuk memohon pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian.

Penggunaan nama “Pejabat Pendaftaran Reka Bentuk