Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

Bahagian VIII · Kuasa Lain Pendaftar

41. Kuasa am Pendaftar

Feedback & support
(1)

Pendaftar boleh, pada amnya bagi maksud Akta ini—

(a)

memanggil saksi;

(b)

menerima keterangan bersumpah;

(c)

menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen atau barang;

dan

(d)

mengawardkan kos terhadap sesuatu pihak dalam apa-apa prosiding di hadapannya.

(2)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa saman, perintah atau arahan yang dibuat oleh Pendaftar di bawah perenggan

(1)

(a)

, (1)(b) atau 1(c) tanpa apa-apa alasan yang sah di sisi undang-undang adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(3)

Kos yang diawardkan oleh Pendaftar boleh didapatkan, jika berlaku keingkaran membuat bayaran, dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang kompeten oleh orang yang kepadanya kos itu telah diawardkan.

Report