Skip to content

Seksyen 21

Pindaan kepada surat ikatan amanah dan perjanjian kontraktual dan peruntukan yang terbatal

of Akta Skim Kepentingan 2016

ActIn forceProvision 21 of 92
Seksyen 21
(1)

Pihak kepada surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual boleh meminda surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual melalui surat ikatan amanah tambahan atau perjanjian kontraktual tambahan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Tiada pindaan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual adalah sah melainkan jika kelulusan majoriti bilangan pemegang kepentingan telah diperoleh mengikut cara yang dinyatakan dalam surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual.

(3)

Pendaftar boleh mengarahkan bahawa kelulusan di bawah subseksyen (2) boleh diketepikan jika Pendaftar berpuas hati, tertakluk kepada pemegang amanah memperakui fakta itu di bawah subseksyen itu, bahawa pindaan itu—

(a)

dikehendaki hanya untuk membolehkan peruntukan Akta ini atau surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu dipatuhi;

(b)

tidak akan menjejaskan secara matan faedah pemegang kepentingan yang sedia ada;

(c)

tidak akan menjejaskan kepentingan pemegang kepentingan;

(d)

tidak akan meminda peruntukan asas atau objek surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual; dan

(e)

tidak melepaskan pemegang amanah daripada apa-apa tanggungjawab kepada pemegang kepentingan.

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 778