Interest Schemes Act 2016 · Updated to 1 Mar 2018 · Bab 3
27. Larangan mengeluarkan prospektus atau pernyataan penzahiran produk tanpa surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual yang diluluskan
Feedback & supportSeseorang tidak boleh mengeluarkan atau menawarkan kepada orang awam untuk langganan atau belian atau mempelawa orang awam untuk melanggan atau membeli apa-apa kepentingan melainkan
Skim Kepentingan 37
jika, pada masa pengeluaran, penawaran atau pelawaan, telah berkuat kuasa, berhubung dengan kepentingan itu—
dalam hal skim premium atau skim asing, suatu surat ikatan amanah yang diluluskan; atau
dalam hal skim kecil, suatu perjanjian kontraktual yang diluluskan.
Seseorang tidak boleh dalam mana-mana surat ikatan amanah, perjanjian kontraktual, prospektus, pernyataan penzahiran produk, iklan atau dokumen lain yang berhubungan dengan apa-apa kepentingan membuat apa-apa rujukan kepada kelulusan yang diberikan di bawah Akta ini.
Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.