Skip to content

Seksyen 22

of Akta Skim Kepentingan 2016

ActIn forceProvision 22 of 92

Seksyen 22

(1)

Sebelum pendaftaran suatu skim di bawah seksyen 9, syarikat pengurusan hendaklah, tertakluk kepada seksyen 23, melantik pemegang amanah untuk bertindak bagi pemegang kepentingan.

(2)

Pelantikan pemegang amanah itu oleh syarikat pengurusan hendaklah tertakluk kepada kelulusan Pendafar.

(3)

Apabila memberikan kelulusannya di bawah subseksyen (2),

Pendaftar boleh, dengan mengambil kira jenis kontrak, perkiraan, aku janji atau perusahaan, yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu, mengenakan apa-apa terma dan syarat ke atas pemegang amanah yang difikirkan patut oleh Pendaftar.