Skip to content

Seksyen 76

of Akta Skim Kepentingan 2016

ActIn forceProvision 76 of 92

Seksyen 76

(1)

Syarikat pengurusan hendaklah, berkenaan dengan setiap surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual yang berkenaan dengan syarikat pengurusan itu, menyimpan suatu daftar pemegang kepentingan dan memasukkan dalam daftar itu—

(a)

nama dan alamat pemegang kepentingan;

88 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

(b)

takat pegangan setiap pemegang kepentingan dan, jika kepentingannya terdiri daripada kepentingan tertentu dalam mana-mana harta, perihal harta dan lokasinya memadai untuk mengenal pastinya;

(c)

tarikh nama setiap orang dimasukkan dalam daftar sebagai pemegang kepentingan;

(d)

tarikh mana-mana orang terhenti menjadi pemegang kepentingan; dan

(e)

apa-apa maklumat lain yang difikirkan perlu oleh

Pendaftar.

(2)

Sesuatu syarikat pengurusan boleh menyimpan dan menyenggara daftar pemegang kepentingan di tempat selain pejabat berdaftarnya tetapi hendaklah memberitahu Pendaftar mengenai fakta itu.

Kewajipan untuk menyerah simpan penyata, pernyataan, dsb.