Skip to content

Seksyen 44

of Akta Skim Kepentingan 2016

ActIn forceProvision 44 of 92

Seksyen 44

(1)

Suatu syarikat pengurusan hendaklah menyenggara suatu pejabat berdaftar di Malaysia pada setiap masa.

(2)

Syarikat pengurusan itu hendaklah memberitahu Pendaftar mengenai apa-apa perubahan alamat pejabat berdaftar syarikat pengurusan itu dalam masa empat belas hari dari tarikh perubahan itu.

(3)

Syarikat pengurusan dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.