Skip to content

Seksyen 3

of Akta Skim Kepentingan 2016

ActIn forceProvision 3 of 92

Seksyen 3

(1)

Tiada seorang pun kecuali suatu syarikat pengurusan boleh mengeluarkan atau menawarkan kepada orang awam untuk melanggan atau membeli atau mempelawa orang awam untuk melanggan atau membeli apa-apa kepentingan.

(2)

Tiada seorang pun boleh—

(a)

mengeluarkan atau menyebabkan dikeluarkan apa-apa iklan yang mempelawa mana-mana orang untuk menjadi peserta dalam suatu skim, atau menawarkan mana-mana orang untuk menjadi peserta dalam suatu skim, atau mengandungi maklumat yang dikira membawa secara langsung atau tidak langsung mana-mana orang untuk menjadi peserta dalam suatu skim, atau mengandungi suatu tawaran untuk menjadi peserta dalam suatu skim;

atau

(b)

menasihati atau memperoleh mana-mana orang untuk menjadi atau menawarkan mana-mana orang untuk menjadi peserta dalam skim itu, melainkan jika skim itu didaftarkan dan dibenarkan di bawah Akta ini.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.