6. Seksyen baru 6A dan 6B
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 6
seksyen yang berikut:
“Keistimewaan dan kekebalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
s 6ABersatu
Walau apa pun mana-mana peruntukan Akta ini dan tertakluk kepada subseksyen 3(1), 11(3) dan 11(5), Menteri boleh melalui peraturan-peraturan, sama ada dengan atau tanpa sekatan atau setakat atau tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu, memberi—
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu keperibadian juridikal dan apa-apa keupayaan di sisi undang-undang sebagaimana yang perlu bagi penjalanan kuasanya dan pelaksanaan fungsinya; dan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan wakil anggota, pegawai dan pakar dalam misinya semua atau mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam Jadual Ketujuh.
s 6BKeistimewaan dan kekebalan Agensi-agensi Khusus
Walau apa pun mana-mana peruntukan Akta ini dan tertakluk kepada subseksyen 3(1), 11(3) dan 11(5), Menteri boleh melalui peraturan-peraturan, sama ada dengan atau tanpa sekatan atau setakat atau tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu, memberi—
Agensi-agensi Khusus keperibadian juridikal dan apa-apa keupayaan di sisi undang-undang sebagaimana yang perlu bagi penjalanan kuasanya dan pelaksanaan fungsinya; dan
Agensi-agensi Khusus dan wakil anggota, pegawai dan pakar dalam misinya semua atau mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam
Jadual Kelapan.”.
Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan
Kekebalan) (Pindaan)