Skip to content

3. Pindaan seksyen 2

Feedback & support

Seksyen 2 Akta ibu dipinda dalam subseksyen (1)—

(a)

dengan memasukkan sebelum takrif “ketua utusan” takrif yang berikut:

‘ “ejen diplomatik” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Keistimewaan

Diplomatik (Konvensyen Vienna) 1966 [Akta 636];’;

(b)

dengan memotong takrif “ketua utusan”;

(c)

dengan menggantikan noktah di hujung takrif “persidangan antarabangsa” dengan koma bernoktah; dan

(d)

dengan memasukkan selepas takrif “persidangan antarabangsa” takrif yang berikut:

‘ “Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu” ertinya organisasi yang ditubuhkan oleh Piagam Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditandatangani di San

Francisco pada 26 Jun 1945.’.

Report

Bahagian I

Bahagian I Jadual Kedua, Ketiga dan Kelima kepada Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “ketua utusan” dengan perkataan “ejen diplomatik”.

Schedules