6A. Bersatu
Feedback & support(1)
Walau apa pun mana-mana peruntukan Akta ini dan tertakluk kepada subseksyen 3(1), 11(3) dan 11(5), Menteri boleh melalui peraturan-peraturan, sama ada dengan atau tanpa sekatan atau setakat atau tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu, memberi—
(a)
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu keperibadian juridikal dan apa-apa keupayaan di sisi undang-undang sebagaimana yang perlu bagi penjalanan kuasanya dan pelaksanaan fungsinya; dan
(b)
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan wakil anggota, pegawai dan pakar dalam misinya semua atau mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam Jadual Ketujuh.