Skip to content

8A. “Penggunaan keistimewaan dan kekebalan dengan sepatutnya

Feedback & support
(1)

Keistimewaan dan kekebalan yang diberikan di bawah

Akta ini diberikan demi kepentingan organisasi antarabangsa dan organisasi luar negara dan bukan bagi faedah peribadi individu.

(2)

Pihak berkuasa yang berkenaan bagi masing-masing organisasi antarabangsa dan organisasi luar negara hendaklah mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan keistimewaan dan kekebalan mana-mana wakil, pegawai atau pakarnya dalam apa-apa hal jika, pada pendapatnya, keistimewaan dan kekebalan itu akan menghalang proses keadilan dan boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan organisasi antarabangsa dan organisasi luar negara itu.

(3)

Organisasi antarabangsa dan organisasi luar negara hendaklah bekerjasama pada setiap masa dengan pihak berkuasa yang berkenaan di Malaysia untuk−

(a)

memudahkan pentadbiran keadilan yang sepatutnya;

(b)

memastikan bahawa semua perundangan domestik dipatuhi; dan

(c)

mencegah berlakunya apa-apa penyalahgunaan berkaitan dengan keistimewaan dan kekebalan yang diberikan di bawah Akta ini.”.

Report

Bahagian I

Bahagian I Jadual Kedua, Ketiga dan Kelima kepada Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “ketua utusan” dengan perkataan “ejen diplomatik”.

Schedules