Skip to content

Seksyen 42

Pengkompaunan kesalahan

of Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008

ActIn forceProvision 42 of 55
Seksyen 42
(1)

Pihak Berkuasa Pengurusan boleh, dengan keizinan

Pendakwa Raya, membuat tawaran bertulis untuk mengkompaun mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dan yang ditetapkan sebagai kesalahan boleh kompaun oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Pihak Berkuasa Pengurusan suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun maksimum denda bagi kesalahan itu dalam masa yang ditetapkan dalam tawaran itu.

(2)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.

(3)

Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran di bawah subseksyen (1) tidak dibayar dalam masa yang ditetapkan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh

Pihak Berkuasa Pengurusan, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang kepadanya tawaran itu dibuat.

(4)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat dan mana-mana spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen

Perdagangan Antarabangsa mengenai 43

Spesies Terancam atau benda lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh Pihak Berkuasa Pengurusan, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut untuk dikenakan mengikut syarat kompaun oleh Pihak Berkuasa Pengurusan.