Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 · Updated to 1 Dec 2021 · Bahagian VI
46. Kesalahan oleh pekongsi, ejen atau pekhidmat
Feedback & supportMana-mana orang yang boleh dikenakan mana-mana penalti di bawah Akta ini bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu dilakukan olehnya sendiri boleh dikenakan penalti yang sama jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu dilakukan oleh pekongsi, ejen atau pekhidmatnya melainkan jika dia membuktikan—
bahawa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu dilakukan tanpa pengetahuan, keizinan atau pembiarannya; dan
bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan usaha yang wajar untuk mencegah perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu.